Categories
Governance Malaysia Agreement 1963 (MA63)

Warisan Kekal Berprinsip, Bukan Dikawal Oleh Sesiapa

“Amat mengejutkan dan melucukan dakwaan sesetengah pihak yang berani mengatakan bahawa Warisan adalah di bawah pengaruh seseorang seperti Tun Mahathir.”

“Harus diingat penubuhan Warisan adalah hasil daripada suara PERPADUAN rakyat Sabah untuk melihat perubahan berlaku dalam lanskap politik negara khususnya bagi menentang kerajaan yang rasuah, kleptokrat dan tidak telus. Memetik kenyataan Setiausaha Agung Warisan Datuk Loreto Padua Jr. berkenaan perkara ini yang mana ianya amat tepat dan kita di sayap Wira Warisan menyokong akan kenyataan tersebut.”

“Kita tahu ada pihak-pihak tertentu yang sengaja untuk mencemarkan nama dan misi perjuangan Warisan. Bagi kita, ianya hanyalah persepsi yang jauh terpesong dan mereka sebenarnya khuatir dengan keupayaan dan kekuatan parti yang berlandaskan kesatuan semua kaum ini.”

“Sejarah membuktikan bahawa kita tidak pernah mahu meletakkan diri kita di bawah pengaruh mana-mana pihak terutama Tun M, semasa era kerajaan PH sekalipun kita bukanlah ahli kepada PH itu tetapi kita hanya rakan sekutu yang menyokong dan berjuang di atas prinsip yang sama.”

“Kita mungkin hanya berkongsi wadah perjuangan yang serupa dengan pihak lain dalam menentang kleptokrasi, rasuah dan ketidaktelusan, namun untuk kita ‘dikawal’ oleh pihak tertentu adalah seperti jauhnya panggang dari api.”

“Sebagai contoh, konsep UNITY atau Perpaduan yang dicaknakan dalam perjuangan Warisan adalah hasil terjemahan kepelbagaian suku kaum dan agama orang Sabah itu sendiri. Rakyat di bawah panji Warisan kuat berpadu dan bertoleransi dan dapat membawa suara perjuangan orang Sabah itu dapat didengar ke seluruh pelusuk tanah air. Terbukti dengan usaha kita selama ini menghasilkan beberapa kejayaan yang telah kita kecapi khususnya dalam perjuangan kita menuntut hak rakyat Sabah di dalam MA 63.”

“Kini, konsep Unity atau Perpaduan ini ternyata menjadi ikutan dan ‘siulan’ rakyat marhaen seluruh tanah air dalam impian kita membina semula negara.”

“Semua orang tahu, Datuk Seri Shafie selaku Presiden Parti Warisan merupakan individu yang telah memperkenalkan dan selalu menekankan kata-kata ‘We are here to build a nation, not a particular race or religion’, bukannya Tun M atau Datuk Seri Anwar mahupun tokoh-tokoh lain.”

“Wira Warisan amat menyedari hakikat dan merasai betapa perit dan payahnya kita menyemai bibit perjuangan semasa penubuhan awal parti ini, kita berjuang di dalam acuan perpaduan yang kita bentuk bersama sebagai orang Sabah, kita teluskan perjuangan parti ini atas nama dan kehendak orang Sabah bukannya atas kemahuan atau arahan pihak-pihak tertentu.”

“Kita (Warisan) bukan boneka pada sesiapa, suka saya nyatakan bahawa kami adalah kami, rakyat Sabah yang berpadu menjadi contoh cerminan ulung keharmonian Bangsa Malaysia, kita yakin dan percaya suatu masa kelak kita akan dapat buktikan bahawa ‘Sabah will lead the way’ berpaksikan perpaduan yang sudah sekian lama bertaut di kalangan rakyat Sabah dan akan menjadi contoh ikutan seluruh Bangsa Malaysia.”

Don’t Stop Believing

Norazmi Hj. Alimat
Exco Wira Warisan.